Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 1,529 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini.

Ia merupakan angka harian terendah untuk tahun ini.

Kes baru harian mencapai kemuncak pada 30 Januari, dengan 5,729 kes.

Jumlah kes baru hari ini merupakan yang terendah sejak 27 Disember lalu.

Seramai 2,076 pesakit sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes aktif akhirnya turun di bawah paras 20,000.

Maklumat utama:

  • Kes sembuh: 2,076
  • Kes aktif: 19,778
  • Pesakit dalam ICU: 160
  • Pesakit dengan bantuan pernafasan: 79
  • Kematian: 8 (jumlah keseluruhan - 1,111 orang)

Kematian

Kes kematian hari ini melibatkan masing-masing dua kes di Sabah, Pulau Pinang dan Johor, serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur dan Sarawak.

Tujuh pesakit yang meninggal dunia adalah warga tempatan manakala seorang adalah warga asing.

Kesemua pesakit yang meninggal dunia berusia antara 61 hingga 89 tahun. Hanya seorang yang tidak mengidap penyakit lain.

Maklumat lanjut mengenai kes kematian boleh didapati di laman penjejak Covid-19.

4 Kluster baru

Dalam pada itu, KKM memaklumkan empat lagi kluster baru dikenal pasti hari ini, dengan tiga daripadanya berkaitan tempat kerja.

Sebanyak sembilan kluster diisytihar tamat hari ini, iaitu Kluster Jalan Perindustrian, Kluster Selasih Perindu, Kluster Keladi Saga, Kluster Sri Sengkang, Kluster Jalan Permata, Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Tinanom, Kluster Jalan Waja, dan Kluster Persiaran Hulu.

Jumlah kluster aktif setakat ini adalah 467 kluster.

Berikut adalah perincian untuk kluster baru:

Kluster Cyber 72

  • Daerah: Kulai,Johor
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Cyber 5, Senai, Kulai
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 4 Mac, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 18 daripada 163 yang disaring

Kluster Jalan i-Park Tiga

  • Daerah: Kulai, Johor
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan i-Park 1/3, Bandar Indahpura, Kulai
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 6 Mac, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 8 daripada 43 yang disaring

Kluster Jalan Loke Yew

  • Daerah: Cheras, Kuala Lumpur
  • Lokasi / Sumber: Pasar raya di Jalan Loke Yew, Cheras
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 2 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 11 daripada 16 yang disaring

Kluster Bukit Bayas

  • Daerah: Kuala Terengganu, Johor Bahru, dan Petaling di Selangor
  • Lokasi / Sumber: Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 3 Mac, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 23 daripada 139 yang disaring