Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Makin berkurangan, 1,280 kes baru hari ini
Diterbitkan:  Mar 9, 2021 6:00 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Jika semalam, terdapat 1,529 kes baru Covid-19 iaitu jumlah terendah untuk tahun ini, hari ini, jumlah itu semakin berkurangan dan dicatatkan pada 1,280 kes setakat tengah hari tadi.

Kes baru harian mencapai kemuncak pada 30 Januari, dengan 5,729 kes.

Jumlah kes baru hari ini merupakan yang terendah sejak 27 Disember lalu.

Seramai 2,345 pesakit sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes aktif akhirnya turun di bawah paras 20,000.

Maklumat utama

Kes sembuh: 2,345 kes (296,379 kes kumulatif, 93.7%);

Kes baharu: 1,280 kes (316,269 kes kumulatif);

Kes import: 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara)

Kes tempatan: 1,278 kes [919 warganegara (71.9%); 359 bukan warganegara (28.1%)];

Kes aktif: 18,704 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 155 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 76 kes; dan

Kes kematian: 9 kes (1,186 kes kumulatif, 0.38%; 8 warganegara; 1 bukan warganegara).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Sabah,

Lapan pesakit yang meninggal dunia adalah warga tempatan manakala seorang adalah warga asing.

Selangor melaporkan kes harian bahu tertinggi iaitu sebanyak 464 kes (36.3 peratus). Daripada jumlah itu, sebanyak 368 kes (79.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 165 kes (12.9 peratus) dan Sarawak sebanyak 163 kes (12.7 peratus).

Sebanyak lima kes (0.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), dan Kluster Jalan Awang (1 kes).

Berikut kluster-kluster di Malaysia sehingga 9 Mac lalu.

Jumlah kluster: 1,212 kluster;

Jumlah kluster baharu: 9 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat: 755 kluster (termasuk 19 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Persiaran Teknologi, Kluster Lestari, Kluster Jalan Masjid, Kluster Senai City Lapan, Kluster Jalan Mohammed Salleh, Kluster Tersat, Kluster Parit Jamil Darat, Kluster Lorong Mawar, Kluster Jalan Tan, Kluster Besi Cyber, Kluster Jalan Parit Mesjid, Kluster Lengkok Emas, Kluster Jalan Chester, Kluster Lingkaran Cyber, Kluster Parit Penyengat, Kluster Persiaran Raya, Kluster Tapak Bina Jalan Klang, Kluster Jalan Platinum, dan Kluster Jalan Kerinchi);

Jumlah kluster aktif: 457 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 63 kluster;

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perusahaan 10 (36 kes), Kluster Jalan U-Thant (35 kes), dan Kluster Jalan Nusa Mega (33 kes).

Maklumat lanjut mengenai kes kematian boleh didapati di laman penjejak Covid-19.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS