Pengumuman khas Pemerkasa Muhyiddin 5.30 petang ini
Diterbitkan: Mar 17, 2021 3:49 PM
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas Pemerkasa petang ini.
Pengumuman itu akan bersiaran secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk di Bernama TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan Astro Awani pada pukul 5.30 petang.
Perkara itu dikongsi di laman sosial Twitter Perdana Menteri hari ini.
- Bernama

