Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 1,219 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Selangor sekali lagi menjadi negeri dengan kes baru tertinggi, iaitu dengan 499 kes (40.9 peratus), diikuti Sarawak dengan 225 kes (18.5 peratus) dan Johor dengan 169 kes (13.9 peratus).

Sebanyak 63.4 peratus daripada kes baru hari ini, iaitu 1,212 kes, melibatkan warga tempatan.

Maklumat utama kes Covid-19 hari ini:

  • Kes sembuh: 1,346
  • Kes aktif: 15,075
  • Pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU): 154
  • Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 64
  • Kematian: 2 (jumlah kumulatif - 1,220)

Kedua-dua pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini adalah di Sandakan, Sabah. Masing-masing berusia 58 dan 75 tahun dan mengidap penyakit lain.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

 12 kluster baru

Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan terdapat 12 lagi kluster yang dikenal pasti hari ini. 

Ia melibatkan lapan kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pusat tahanan dan import.

Pada masa sama, terdapat 11 kluster yang diisytihar tamat hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif kepada 429.