Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mungkin tak perlu lagi PKP menyeluruh - PM
Diterbitkan:  Mar 17, 2021 6:03 PM
Dikemaskini: 12:26 PM

Kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri, kata perdana menteri.

Muhyiddin Yassin berkata perkara itu mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja,” katanya.

Dalam perutusan secara langsung hari ini, Muhyiddin berkata kerajaan juga akan melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi.

PKP mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 bagi mengekang penularan Covid-19.

Sejak itu, sekatan dan prosedur operasi standard (SOP) diubah mengikut tahap serta tahap penularan di negeri dan kawasan tertentu.

Pada masa ini, PKP bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Labuan dan Putrajaya pula dikenakan PKP pemulihan (PKPP).

Program imunisasi bermula 24 Februari lalu dan setakat semalam, seramai 346,508 sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Lihat Komen
ADS