
Sebanyak 1,275 jangkitan baru dilaporkan hari ini, menjadikan kes kumulatif positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 339,443 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Seorang lagi korban direkod manakala wabak ini telah meragut keseluruhan sebanyak 1,249 nyawa.
"Kes kematian pada hari ini melibatkan satu kes warganegara di Selangor.
"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau," kata Noor Hisham pada satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, seramai 161 pesakit sedang dirawat di ICU manakala 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini 14,269 kes, katanya.
Dr Noor Hisham berkata Selangor terus mendahului jangkitan harian tertinggi dengan 478 kes, diikuti Sarawak (213 kes) dan Pulau Pinang (137 kes).
Sementara itu, katanya 13 lagi kluster dikesan hari ini melibatkan 11 kluster di tempat kerja dan dua kluster komuniti iaitu Kluster Batu Gong di Sarawak dan Kluster Pengkalan Nangka Tumpat di Kelantan.
Kluster di tempat kerja melibatkan Kluster Taman Brick, Kluster Jalan Gemilang Sukan dan Kluster Jalan Sungai Chat di Johor; Kluster Tapak Bina Sungai Emas dan Kluster Tapak Bina Jalan Atmosphere (Selangor);Kluster Persiaran Cassia Selatan dan Kluster Lebuhraya Kampung Jawa (Pulau Pinang); Kluster Sawit Sebrang dan Kluster Kolam Lintas (Sabah) serta Kluster Paya Bemban di Kelantan dan Kluster Lorong Desa Senadin di Sarawak.
“Pertambahan kluster baru menjadikan jumlah kluster di Malaysia sebanyak 1,335 dengan 393 daripadanya masih aktif manakala 14 kluster diisytiharkan tamat hari ini,” jelasnya.
Status ringkas:
Pecahan kes baru (1,275):
Selangor
Sarawak
Pulau Pinang
Johor
Kuala Lumpur
Kelantan
Sabah
Perak
Kedah
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Labuan
Terengganu
Putrajaya
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.