Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersatu dah janji tak bertanding di Sarawak - Timbalan KM
Diterbitkan:  Mar 31, 2021 10:53 PM
Dikemaskini: 2:53 PM

Bersatu sudahpun berjanji kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bahawa parti teras PN itu tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang atau PRU15, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing.

“Bersatu sudah memberi jaminan untuk tidak bertanding di negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri dan umum serta jaminan ini diberikan oleh Perikatan Nasional (PN) pada tahun lalu.

“Kita (GPS) berharap mereka berpegang teguh kepada janji dan mengharapkan perkara yang sama daripada pihak mereka,” kata Masing, petik laporan Astro Awani.

Pun begitu, jika Bersatu tidak menunaikan janjinya, maka GPS tanpa kompromi akan mempertahankan haknya, kata timbalan ketua menteri Sarawak itu.

“Janji tetap janji, jangan sesekali mengingkarinya untuk kepentingan politik anda (Bersatu).

“Sekiranya mereka tetap ingkar, kita tiada pilihan selain mempertahankan kepentingan Sarawak kerana ia sesuatu yang tidak boleh dirunding,” kata Masing.

Julai tahun lalu, Masing pernah mengeluarkan kenyataan sama berkaitan janji yang diberikan Bersatu dan PAS untuk tidak bertanding di Sarawak pada pilihan raya negeri atau PRU.

Persetujuan itu dicapai pada satu mesyuarat pemimpin tertinggi PN dan GPS pada 1 Julai 2020.

Lihat Komen
ADS