Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PDRM percaya Nikcy Liow akan lolos, mohon kerjasama Interpol

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan dan menangkap ahli perniagaan dalam buruan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata langkah itu diambil kerana PDRM percaya lelaki tersebut akan cuba menyusup keluar dari negara ini.

Buat masa ini polis percaya lelaki berusia 33 tahun itu masih berada di Lembah Klang, katanya kepada pemberita selepas Program Townhall Discussion PDRM Johor di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, di Batu Pahat hari ini.

Sebelum ini dilaporkan polis berjaya melumpuhkan kumpulan jenayah 'Geng Nicky’ yang disyaki terlibat dalam jenayah terancang antarabangsa, Macau Scam dan pengubahan wang haram selepas menahan 68 individu.

PDRM turut merampas wang tunai ratusan ribu ringgit serta aset bernilai jutaan ringgit menerusi 70 serbuan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS