PBB lulus penghantaran tentera Malaysia ke Lebanon
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan penghantaran 360 anggota tentera Malaysia ke Lebanon, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan penghantaran 360 anggota tentera Malaysia ke Lebanon, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, perkara itu telah dinyatakan kepadanya semasa perbincangannya dengan Setiausaha Agung PBB Kofi Annan di New York semalam.
Abdullah berada di New York kerana menghadiri perhimpunan agung ke-61 badan dunia itu.
Menurut laporan Bernama, Malaysia, yang juga pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), sebelum ini bercadang menghantar 1,000 anggota tentera untuk menyertai Pasukan Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL).
Bagaimanapun cadangan Malaysia itu dibantah oleh Israel atas alasan negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.
Namun Malaysia tetap mendesak dibenarkan menghantar tentyera ke Lebanon bagi memantau gencatan saenjata antara Hizbollah dengan Israel berdasarkan pengalamannya dalam beberapoa misi pengaman di beberapa buah negara sebelum ini.
Ketika tentera pengaman dari negara Kesatun Eropah - Perancis dan Itali telah berada di selatan Lebanan yang bergolak itu bagi membantu 15,000 tentera Lebanon yang menjaga sempadan Lebanon-Israel dan Syria-Lebanon.
Gencatan snjata antara Hizbollah dan rejim Yahudi itu ditandatangani pada 14 Ogos lalu setelah Israel menceroboh dan mengebom Lebanan hampir sebulan.

