Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perjalanan ke Arab Saudi ditaja sepenuhnya, kata menteri agama
Diterbitkan:  Apr 13, 2021 2:33 PM
Dikemaskini: 7:21 AM

Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad memaklumkan lawatannya ke Arab Saudi ditaja sepenuhnya.

Dia memaklumkan perkara itu sebagai menjawab ciapan kepada Twitter yang bertanyakan jumlah kos perbelanjaan untuk menyewa penerbangan ke Madinah.

"Semuanya ditaja kerana hubungan baik antara kedua-dua negara," ciapnya semalam.

Perjalanan Zulkifli adalah atas undangan Liga Dunia Muslim - sebuah NGO yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi.

Satu video mengenai Zulkifli dan rombongannya yang didakwa menaiki jet peribadi tular di media sosial hari ini dan mengundang kecaman.

Berdasarkan video yang dimuat naik akaun Twitter Bernama, Zulkifli dilihat menaiki Airbus A319, yang sememangnya memiliki varian jet korporat.

Zulkifli tiba di Riyadh pada 10 April sebelum bertolak ke Madinah semalam.

Menurut siaran akhbar pada 9 April, lawatan kerja itu meliputi perbincangan dua hala mengenai haji dan umrah, serta pertemuan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa mengenai hal ehwal Islam.

Dikatakan bahawa lawatan itu akan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh kerajaan Arab Saudi.

Zulkifli selesai menerima vaksin untuk Covid-19 pada 19 Mac lalu.

 

Lihat Komen
ADS