Puasa dijangka bermula 24 Sept, Aidilfitri 24 Okt
Umat Islam negara ini dijangka mula berpuasa pada Ahad ini dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 24 Oktober.
Ketua Unit Falak Sekolah Pengajian Umum, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) kampus Kusza, Roslan Umar berkata jika tarikh itu digunakan, umat Islam akan berpuasa selama 30 hari.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata berdasarkan data yang diperolehi dari Balai Cerap UDM di Merang dekat Setiu, pada 29 Syaaban bersamaan 22 September, ijtimak (peralihan fasa) berlaku pada pukul 7.43 malam atau selepas solat Maghrib.
"Ini bermakna syarat yang paling asas tidak dipatuhi pada 22 September, maka 1 Ramadan 1427 Hijrah jatuh pada Ahad, 24 September 2006," katanya hari ini.
Mengenai penentuan tarikh Aidilfitri, Roslan berkata mengikut kiraan falak, usia anak bulan Syawal pada 22 Oktober (hari rukyah atau hari melihat anak bulan), dapat dilihat kurang daripada lapan jam.

Beliau berkata ijtimak bulan Syawal berlaku pada pukul 1.13 petang, 29 Ramadan bersamaan 22 Oktober.
"Jika kaedah itu diguna pakai, kita jangkakan umat Islam akan genap berpuasa selama 30 hari dan menyambut Aidilfitri pada hari Selasa, 24 Oktober 2006," katanya.
Bagaimanapun tarikh sebenar puasa dan Hari Raya Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, katanya.
Roslan berkata di Malaysia, kaedah rukyah (melihat) dan hisab (kiraan) menjadi satu entiti bagi penggunaan menentukan anak bulan.
Kaedah itu juga dikenali sebagai "Imkanur Rukyah" yang menggunakan justifikasi kedudukan bulan dan matahari.