Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
7 daerah di Kelantan dikenakan PKP
Diterbitkan:  Apr 14, 2021 6:56 PM
Dikemaskini: 11:14 AM

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dikuatkuasakan di Kelantan membabitkan tujuh daerah bermula Jumaat ini hingga 29 April.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Menurutnya, PKP di Kelantan membabitkan daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

"Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di Kelantan dalam tempoh 14 hari.

“Kes meningkat daripada 756 kes kepada 1,088 kes dan kesemua tujuh jajahan dan daerah ini kini berada di dalam zon Merah.

"Selain itu, terdapat sembilan kluster baru dilaporkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko dan atas nasihat KKM serta selepas perbincangan dengan kerajaan negeri Kelantan, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di tujuh lokaliti itu bermula 16 April hingga 29 April ini," katanya.


Lihat Komen
ADS