mk-logo
Berita
Seorang lagi individu direman bantu siasatan kes pukul pengawal puasa
Diterbitkan:  Apr 18, 2021 2:20 PM
Dikemaskini: 6:20 AM

Mahkamah Majistret Klang pada Khamis, telah mengeluarkan perintah reman kepada empat individu termasuk seorang pengawal peribadi.

Perintah reman terhadap suspek berumur 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Atikah Zakaria di Mahkamah Majistret di Klang hari ini.

Suspek iaitu majikan yang disyaki memukul dua pengawal peribadi itu direman lima hari hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan, Seksyen 506 KK (ugutan), Seksyen 298 KK (menghina Islam) dan Seksyen 307 KK kerana cubaan membunuh.

Terdahulu, suspek yang memakai kemeja-T baju berwarna biru tiba di pekarangan mahkamah sekitar 10 pagi tadi diiringi pihak polis.

Ahli perniagaan tersebut ditahan polis pada 8.20 malam di sekitar Kuala Lumpur pada Khamis lepas susulan terbabit dalam kejadian memukul pengawal peribadinya sebelum ini.

Mahkamah Majistret Klang pada Khamis, turut mengeluarkan perintah reman kepada empat individu termasuk seorang pengawal peribadi bagi membantu siasatan kes itu.

Tiga daripada suspek yang merupakan pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit direman lima hari manakala pengawal peribadi itu direman tujuh hari bermula Khamis (15 April).

- Bernama

Lihat Komen
ADS