Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,195 kes baru, rekod baru di Kelantan
Diterbitkan:  Apr 18, 2021 4:44 PM
Dikemaskini: Apr 19, 2021 12:20 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 2,195 kes baru Covid-19 hari ini.

Ia merupakan hari keempat berturut-turut jumlah kes baru melebihi angka 2,000.

Sarawak mencatatkan kes baru tertinggi dengan 508 kes. Negeri ini menjadi negeri dengan kes baru tertinggi untuk lima hari sejak seminggu lalu.

Keadaan di Kelantan juga dilihat memburuk dengan 332 kes baru. Ia merupakan jumlah kes baru tertinggi yang dicatat negeri itu setakat ini.

Johor juga menunjukkan peningkatan dengan 387 kes baru - tertinggi sejak 5 Mac.

Maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Kes sembuh : 1,427
  • Kes aktif : 19,854
  • Pesakit di ICU: 219
  • Pesakit dengan bantuan pernafasan: 90
  • Kematian: 8 (jumlah setakat ini - 1,378)

Kes kematian hari ini membabitkan masing-masing dua pesakit di Selangor dan Kelantan, dan masing-masing seorang pesakit di Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Kesemuanya warga tempatan berusia antara 59 hingga 90 tahun serta turut mengidap penyakit kronik lain.

5 Kluster baru

Dalam pada itu, KKM memaklumkan lima lagi kluster baru dikenal pasti hari ini, melibatkan tiga kluster tempat kerja dan masing-masing satu kluster komuniti dan institusi pendidikan.

Sebanyak 14 kluster diisytihar tamat, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 388 kluster.

14 kluster tersebut adalah Kluster D Gana, Kluster Jalan Permas Baru, Kluster Buloh Pasi, Kluster Sena, Kluster Industri Inanam, Kluster Perusahaan 10, Kluster Tapak Bina Queens Waterfront, Kluster Sungai Bakong, Kluster Jalan Kayu Manis, Kluster Dataran Utas, Kluster Bukit Tambun, Kluster Jalan Lapan Belas, Kluster Jalan Sutera, dan Kluster Jalan Green.

Berikut perincian untuk kluster baru hari ini:

Kluster Selat Klang

  • Daerah: Klang dan Petaling, Selangor
  • Lokaliti: Sebuah syarikat di Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 14 April, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 25 daripada 101 yang disaring

Kluster Tapak Bina Cahaya Alam

  • Daerah: Petaling, Selangor
  • Lokaliti: Tapak bina di Cahaya Alam, Shah Alam
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 10 April
  • Jumlah kes setakat ini: 20 daripada 203 yang disaring

Kluster Jalan Perindustrian Satu

  • Daerah: Muar, Johor
  • Lokaliti: Beberapa kilang di Jalan Perindustrian 1, Batu 8, Kawasan Perindustrian Bukit Bakri, Muar.
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 14 April
  • Jumlah kes setakat ini: 254 daripada 980 yang disaring

Kluster Tarat Tani

  • Daerah: Serian, Sarawak
  • Lokaliti: Kediaman kes indeks di Tarat, Serian
  • Kategori: Komuniti
  • Kes pertama: 11 April, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 21 daripada 320 disaring

Kluster Jalan Bintulu Sibu

  • Daerah: Tatau dan Bintulu, Sarawak
  • Lokaliti: Pusat pendidikan di Jalan Bintulu Sibu, Tatau
  • Kategori: sekolah/institusi pendidikan KPM
  • Kes pertama: 9 April, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 11 daripada 546 disaring

Berikut jumlah kes baru mengikut negeri:

  • Sarawak (508)
  • Selangor (431)
  • Johor (387)
  • Kelantan (332)
  • Kuala Lumpur (176)
  • Sabah (112)
  • Pulau Pinang (84)
  • Negeri Sembilan (42)
  • Perak (35)
  • Kedah (30)
  • Terengganu (16)
  • Pahang (15)
  • Melaka (15)
  • Labuan (6)
  • Putrajaya (3)
  • Perlis (3)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS