mk-logo
Berita
Dr Adeeba Kamarulzaman dilantik anggota Majlis Sains WHO
Diterbitkan:  Apr 20, 2021 6:17 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Pakar penyakit berngjangkit Malaysia Dr Adeeba Kamarulzaman dilantik menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Majlis Sains WHO adalah kumpulan penasihat ilmiah peringkat tertinggi yang akan bertindak sebagai suara kepemimpinan saintifik dan akan memberi nasihat mengenai kemajuan dalam sains dan teknologi yang secara langsung dapat memberi kesan kepada kesihatan global," kata Fakulti Perubatan Universiti Malaya pada hantaran di Facebook yang menzahirkan ucapan tahniah kepada pensyarah itu hari ini .

Adeeba ialah bekas dekan Fakulti Perubatan UM dan profesor penyakit berjangkit.

Selama hampir 30 tahun, profesor perubatan ini aktif di barisan hadapan menjadi jurukempen mengenai kesedaran penyakit HIV dan AIDS.

Adeeba merupakan presiden Persatuan AIDS Antarabangsa yang dilantik melalui pemilihan dan juga pengerusi Yayasan AIDS Malaysia.

Kajian dan ikhtiarnya bertahun-tahun penting dalam menggariskan dasar pengurangan mudarat terhadap masalah penyalahgunaan dadah serta meletakkan rawatan penagih sebagai isu kesihatan dan bukan jenayah.

Adeeba juga menerajui Tabung Amanah Kanser Urologi Universiti Malaya (UM).

Lihat Komen
ADS