Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KKM: Peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia, bukan Malaysia saja
Diterbitkan:  Apr 20, 2021 8:37 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Peningkatan kes Covid-19 pada masa ini bukan berlaku di Malaysia sahaja, tetapi di seluruh dunia, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam kenyataan hariannya hari ini, KKM berkata negara jiran seperti Thailand dan Indonesia juga bergelut dengan peningkatan kes pada masa ini.

"Indonesia mencatatkan jumlah peningkatan kes Covid-19 yang ketara sejak 14 hari lepas, dengan purata sebanyak 5,453 kes.

"Thailand pula merekodkan 1,547 kes baru Covid-19 dan dua kematian dalam tempoh 24 jam lepas. Jumlah terkini kes baru itu menjadikan Thailand mencatatkan lebih 1,500 kes harian Covid-19 dalam masa tiga hari berturut-turut selepas hanya mencatatkan purata kes harian kurang dari 100 kes pada 4 April 2021 lalu.

"Situasi peningkatan kes yang sama dapat dilihat di Malaysia di mana kes terkini yang direkodkan adalah berjumlah 379,473 kes dengan pertambahan kes baru sebanyak 2,341 kes hari ini," kata KKM.

Setakat hari ini, kata KKM, data Pusat Sains Sistem dan Kejuruteraan (CSSE) Universiti Johns Hopkins menunjukkan sebanyak 142.71 juta kes dan 3.04 juta kematian akibat Covid-19, sejak wabak itu mula menular.

Pada masa ini, terdapat 21, 268 kes aktif di Malaysia - meningkat daripada 14,097 kes pada 7 April lalu.

Sejak pembukaan semula sekolah pada Mac lalu, sejumlah kluster Covid-19 melibatkan sekolah telah dilaporkan.

Dua sekatan di seluruh negara pada masa ini adalah terhadap perjalanan rentas negeri dan penggantungan semua badan legislatif.

Lihat Komen
ADS