Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Orang Asli ajak rakyat Malaysia bersama jaga kelestarian alam'
Diterbitkan:  Apr 22, 2021 10:50 PM
Dikemaskini: 2:50 PM

Bersempena sambutan Hari Bumi yang berlangsung pada hari ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) bersama komuniti Orang Asli mengadakan program bersama di Kampung Orang Asli, Batu 16, Gombak.

Presiden Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tujuan program itu diadakan adalah untuk menghargai kepentingan memelihara alam sekitar bersama komuniti Orang Asli.

“Rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia memahami bahawa Orang-Orang Asli amat mementingkan kehidupan di hutan.

“Jadi, Orang Asli mahukan kita sebagai rakyat Malaysia seluruhnya dan juga masyarakat antarabangsa ini memelihara hutan.

“Bersamalah kita menjaga kelestrian alam sekitar dan mempertahankan keadilan untuk iklim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, acara berlangsung dengan simbolik pertukaran anak pokok daripada pihak Abim dan Tok Batin Kampung Orang Asli Batu 16, Tok Ulang Simpan.

Dalam program berkenaan, pihak Abim juga mengagihkan beras kepada 23 buah keluarga Orang Asli di bawah Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB).

Hadir sama Kaunselor Kedutaan Besar Sweden Malaysia, Ola Pihlblad yang turut menyantuni komuniti Orang Asli.

Jelas Muhammad Faisal, program sebegini amat penting untuk diraikan setiap tahun bagi memberi penekanan kepada orang ramai tentang betapa pentingnya memelihara alam sekitar.

“Saya fikir program pada hari ini adalah sangat penting dan kita perlu beri perhatian kepada sambutan Hari Bumi Sedunia.

“Ini adalah sebagai salah satu cara untuk kita memberikan perhatian kepada alam semulajadi dan isu-isu alam sekitar yang kita hadapi dan mencari jalan untuk menangani masalah ini bersama,”katanya.

Lihat Komen
ADS