Malaysiakini
BERITA

3,120 kes baru: Sarawak, Johor rekod kenaikan

Diterbitkan
Dikemaskini 4 Mei 2021, 11:25 malam

Sebanyak 3,120 jangkitan baru Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 420,632 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, 23 orang lagi meninggal dunia akibat wabak ini, dengan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,574 kes.

Seramai 338 pesakit sedang dirawat di ICU, manakala 181 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Menurut Dr Noor Hisham, Lembah Klang masih mendahului kes tertinggi harian dengan 1,083 kes, dengan Selangor mencatat 675 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 408 kes.

Sementara itu, jangkitan harian di Sarawak merekodkan kenaikan  (620 kes) begitu juga Johor (336 kes).

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh: 2,334
  • Jumlah kumulatif: 387,542 (92.1%)
  • Jumlah kes baru: 3,120
  • Jumlah kumulatif: 420,632
  • Jumlah kes aktif: 31,516
  • Kes local: 3,114 (2,918WN, 196BWN)
  • Kes import: 6 (1WN, 5BWN)
  • Jumlah kematian: 23 WN
  • Jumlah kumulatif: 1,574 (0.37%)
  • Jumlah kes di ICU: 338
  • Pesakit Intubated:181

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 675 (136,161)
  • Sarawak - 620 (32,667)
  • WP KL - 408 (44,777)
  • Johor - 336 (46,441)
  • Kelantan - 296 (15,371)
  • Sabah - 89 (58,461)
  • P Pinang - 167 (20,445)
  • N Sembilan - 95 (19,104)
  • Perak - 117 (15,066)
  • Kedah - 155 (10,394)
  • Melaka - 52 (7,636)
  • Pahang - 41 (5,366)
  • Terengganu - 53 (4,510)
  • WP Labuan - 5 (2,468)
  • WP Putrajaya - 11 (1,397)
  • Perlis - 0 (368)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.