Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes boleh cecah 8,000 sehari menjelang Jun jika ingkar SOP - KKM
Diterbitkan:  May 14, 2021 12:34 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Kementerian Kesihatan melalui pemodelan data meramalkan lebih 8,000 jangkitan baru Covid-19 sehari menjelang Jun jika orang ramai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terhadap Covid-19.

Anggaran terbaru, yang pertama kali diterbitkan pada 12 Mei, menunjukkan lonjakan jangkitan berbanding ramalan sebelumnya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan telah meramalkan sekitar 5,000 kes baru setiap hari pada bulan Jun.

Walau bagaimanapun, bilangan sebenar secara konsisten melebihi ramalan sebelum ini. Anggaran terkini lebih sesuai dengan jumlah kes sebenar.

Pematuhan SOP dijangka meningkat berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ketiga (PKP 3.0) yang berkuat kuasa pada 12 Mei.

Model ini meramalkan jika terdapat pematuhan ketat terhadap SOP, maka jumlah kes harian dapat dikurangkan menjadi kurang 1,000 jangkitan.

Setakat semalam, jumlah purata kes baru untuk tujuh hari berjumlah 4,307 jangkitan.

Kadar kebolehjangkitan semalam adalah pada RT 1.13. Ia mesti diturunkan bawah RT 1.0 untuk menghentikan pertumbuhan eksponen kes Covid-19 baru.

Kadar kebolehjangkitan tidak turun bawah RT 1.0 sejak 7 April.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS