Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKPD di beberapa lokaliti di Johor, S'wak, Sabah - Ismail Sabri
Diterbitkan:  Jun 14, 2021 9:21 PM
Dikemaskini: 1:21 PM

Beberapa lokaliti di Johor, Sabah dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini hingga 29 Jun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata di Johor, kawasan yang dikenakan PKPD ialah asrama pekerja warga asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, selepas 128 individu disahkan positif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi hasil saringan yang dilakukan terhadap 237 penghuni.

“Di Sarawak pula, dua lokaliti di Bukit Dinding, Mukah terlibat iaitu Rumah Panjang Alat anak Mukan dan Mukah Palm Oil Mill.

“Perintah PKPD itu dikenakan setelah 31 kes positif dikesan di Rumah Panjang Alat anak Mukan hasil 70 ujian saringan yang dilakukan, manakala di Mukah Palm Oil Mill pula, 10 daripada 14 individu yang disaring didapati positif Covid-19,” katanya.

Beliau berkata setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), PKPD dilaksanakan di kawasan itu bagi tempoh berkenaan bagi menyekat pergerakan dan penularan jangkitan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS