Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM umum Pelan Pemulihan Negara jam 5 petang
Diterbitkan:  Jun 15, 2021 3:47 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pelan Pemulihan Negara petang ini.

Menurut infografik yang dikongsikan di laman Facebook Muhyiddin, Perutusan Khas Perdana Menteri itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV pada 5 petang ini.

Selain itu, perutusan berkenaan juga akan disiarkan di saluran 121 Freeview, 631 unifi TV, Facebook Live & Saluran YouTube Bernama TV.

- Bernama

Lihat Komen
ADS