Malaysiakini
BERITA

Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera

Diterbitkan

Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Sumatera, Indonesia.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi pada 5.12 pagi tadi berlaku di kedudukan 110 kilometer (km) selatan dari Bengkulu, Indonesia pada kedalaman 57km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.