Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SAM: Projek lombong di Jerantut bercanggah visi PM tentang Hutan CFS

Projek perlombongan di Jerantut, Pahang jelas bertentangan dengan visi melindungi hutan teras Semenanjung Malaysia, Central Forest Spine (CFS), yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yasin pada Mac 2021, kata kumpulan alam sekitar, Sahabat Alam Malaysia (SAM)

"SAM terkejut mengetahui mengenai rancangan perlombongan di kawasan hutan dalam CFS, yang seharusnya dilindungi dan tidak dibenarkan melakukan perlombongan atau bentuk kegiatan lain," kata Presiden SAM Meenakshi Raman.

"Ketika melancarkan Dasar Perhutanan Negara awal tahun ini, perdana menteri sendiri telah menekankan perlunya negeri-negeri melindungi CFS."

Dia berkata lebih mengejutkan apabila mengetahui kerabat diraja Pahang dikaitkan dengan projek perlombongan yang merosakkan di kawasan sensitif alam sekitar.

"Kerabat diraja perlu melakukan apa saja usaha yang mungkin boleh dilakukan mereka untuk melindungi hutan dan alam sekitar kita serta memberi teladan yang baik untuk ikutan orang lain dan menghentikan setiap penglibatan dalam kemusnahan sebegitu," tambahnya.

Muhyiddin dilaporkan mendesak kerajaan negeri meningkatkan usaha mereka untuk mewartakan dan memelihara kawasan hutan, terutama di koridor ekologi CFS dan Heart of Borneo (HOB).

CFS merupakan hutan hujan tertua di Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada empat kompleks hutan, manakala HOB ialah hutan hujan yang membentang di seluruh wilayah negara Brunei, Indonesia (Kalimantan) dan Malaysia (Sabah, Sarawak).

Sementara itu, Meenakshi mendesak Jabatan Alam Sekitar untuk mengkaji secara mendalam laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang diserahkan itu.

Hutan di Semenanjung Malaysia merosot sejak berdekad lalu.

"Kami meminta JAS untuk memastikan pemeriksaan teliti dan tepat terhadap EIA dilakukan."

"SAM telah berkali-kali mengatakan perlombongan tidak boleh dibenarkan sama sekali di kawasan sensitif alam sekitar termasuk di hutan simpan kita dan kawasan kaya kepelbagaian bio seperti CFS," kata presiden SAM lagi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan satu lagi projek perlombongan berkaitan kerabat diraja Pahang di Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang.


BACA BERKAITAN:

Hutan Som: Habitat gajah, tapir atau tapak lombong kerabat Pahang?

Muhyiddin lancar Dasar Perhutanan Malaysia

Muhyiddin lancar kempen tanam 100 juta pokok


Tapak projek seluas 60.75 hektar telah dikeluarkan dari Hutan Simpan Som oleh kerajaan negeri Pahang melalui warta pada bulan Jun 2019.

Kemudian, kerajaan negeri meluluskan pajakan perlombongan dan lesen dikeluarkan kepada Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah, yang merupakan adik kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pajakan perlombongan dijangka berakhir pada 24 Julai 2021.

Laporan EIA menunjukkan projek itu akan mempengaruhi habitat hidupan liar secara signifikan, kekal dan tidak dapat dipulihkan.

Ini termasuk ancaman terhadap 15 hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya seperti Tapir, Gajah Asia, Harimau Malaya.

Penebangan dan pembukaan hutan lebih lanjut dijangka akan memaksa spesies yang dilindungi ini untuk bergerak keluar dari hutan, dan konflik hidupan liar-manusia mungkin terjadi kerana terdapat kebun dan pertempatan berdekatan dengan kawasan itu.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) perlu dibuat dan diserahkan kepada Perhilitan untuk kelulusan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS