Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lanjutan kawalan pergerakan heret turun dagangan di Bursa Malaysia
Diterbitkan:  Jun 28, 2021 11:03 AM
Dikemaskini: 3:03 AM

Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga pagi ini dalam zon negatif dengan sentimen terjejas oleh lanjutan fasa pertama kawalan pergerakan d bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) mungkin hingga pertengahan Julai ini.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 7.88 mata kepada 1,551.80 daripada 1,559.68 ketika penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 2.22 mata lebih rendah pada 1,557.46.

Pergerakan harga di pasaran lebih meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 328 berbalas 99 sementara 241 kaunter tidak berubah, 1,569 tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 302.25 juta unit bernilai RM126.49 juta.

Menurut Malacca Securities, bursa tempatan mungkin akan menyaksikan satu lagi pusingan berikutan lanjutan pelaksanaan kawalan pergerakan seluruh negara kerana kes COVID-19 masih berada melebihi angka 4,000.

Sementara itu, pelabur akan terus memantau sebarang pengumuman skim bantuan oleh kerajaan dan mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dijadualkan pada 1 Julai 2021.

"Dengan pelanjutan kawalan pergerakan ini, pedagang mungkin memberi okus pada sektor yang akan mendapat manfaat daripada keadaan semasa seperti pembungkusan serta pengangkutan dan logistik.

"Sementara itu, menjejaki semula pergerakan Nasdaq minggu lepas, minat membeli dapat dilihat pada saham teknologi terpilih di pasaran tempatan. Saham tenaga berpotensi menarik minat dagangan di celah-celah pengukuhan harga minyak Brent melepasi USS$75 (satu tong)," katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, PetChem turun 10 sen kepada RM7.90, Public Bank susut tiga sen pada RM4.16, CIMB merosot enam sen kepada RM4.63 dan MR DIY lebih rendah tujuh sen kepada RM3.63.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik turun 5.5 sen kepada 35.5 sen, AirAsia tidak berubah pada lapan sen dan Boustead kerugian 3.5 sen kepada 72.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 54.49 mata pada 11,279.91, Indeks FBMT 100 turun 53.87 mata kepada 10,991.23, dan Indeks FBM Emas Syariah jatuh 55.35 mata kepada 12,330.41.

FBM ACE merosot 43.37 mata kepada 7,178.43 dan FBM 70 susut 63.70 mata kepada 14,555.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 57.72 mata kepada 15,221.99, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 1.38 mata lebih rendah pada 186.60 dan Indeks Perladangan turun 23.62 mata kepada 6,498.78.

- Bernama

Lihat Komen
ADS