Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Patung 'kerajaan pembunuh' muncul atas jejambat di Melaka
Diterbitkan:  Jul 12, 2021 12:53 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

  • Dikemas kini dengan maklumat tambahan dan kenyataan polis.

Patung manusia bertulis “kerajaan pembunuh” ditemui di sebuah jejambat di Melaka pagi ini.

Patung itu ditemui orang awam di jejambat Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh - tidak jauh daripada Seri Negeri, bangunan pentadbiran kerajaan.

Patung itu dipakaikan seluar biru muda, baju putih dan bertopi jerami. Perkataan “kerajaan pembunuh” ditulis dengan warna merah.

Pihak polis dilaporkan mengalihkan patung itu pagi ini.

Mei lalu, beberapa grafiti “kerajaan gagal” muncul di kawasan sekitar Sungai Melaka sebagai tanda proses terhadap kerajaan.

Sementara itu, media lain melaporkan patung itu ditemui dalam keadaan tergantung.

Ketua Polis Melaka Tengah Afzanizar berkata mereka sedang mengesan pihak yang melakukan perbuatan itu.

“Kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” kata Afzanizar.

ADS