Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
HKL cari sukarelawan untuk tugasan bukan perubatan
Diterbitkan:  Jul 15, 2021 2:37 PM
Dikemaskini: 6:38 AM

Salah satu hospital paling sibuk di Malaysia iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini mencari sukarelawan bukan perubatan bagi mengurangkan beban yang digalas kakitangan perubatan di sana.

Pertubuhan Pertolongan Cemas Malaysia (MyFast) berkata, pihaknya menerima permintaan bantuan itu daripada hospital memandangkan kakitangan perubatan kini bergelut dalam menghadapi kemasukan ramai pesakit.

"MyFast menerima surat daripada HKL meminta bantuan sukarelawan bagi membantu para petugas perubatan yang kini bertugas dengan bebanan kerja berlebihan.

"Atas kesedaran dan semangat #kitajagakita, kami mempelawa sesiapa yang berminat dan ada kelapangan masa untuk sama-sama membantu petugas di HKL dalam menjalankan tugas bukan perubatan di sana," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Menurut MyFast, antara tugasan untuk sukarelawan adalah menghantar pesakit ke wad, menukar bekalan oksigen pesakit, mencatatkan matlumat penting keadaan pesakit dan menghidangkan makanan kepada mereka.

Semua sukarelawan akan diberikan latihan sebelum memulakan tugasan, katanya.

Ketika dihubungi, MyFast berkata tugasan itu tidak akan dibayar sementara usaha sedang dibuat untuk mempercepat pemberian vaksin kepada sukarelawan.

"Nama sukarelawan terlibat akan diberikan kepada Kementerian Kesihatan untuk dipertimbangkan pemberian elaun," katanya.

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS