Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Susulan kesesakan, KKM akan wujudkan CAC maya dalam masa terdekat
Diterbitkan:  Jul 16, 2021 11:38 AM
Dikemaskini: 3:38 AM

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Covid-19 Greater Klang valley, Dr Chong Chee Kheong berkata Kementerian Kesihatan akan mewujudkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) secara maya dalam masa terdekat untuk kes-kes Covid-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan.

Chong yang juga merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) berkata mereka dalam kategori 1 dan kategori 2 itu hanya perlu menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

“Pemantauan kes-kes tersebut akan diadakan secara maya tanpa keperluan hadir secara fizikal di CAC.

“Arahan Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera ataupun melalui lain-lain aplikasi dan ia adalah sah dari segi undang-undang

“Jadi walaupun tidak diberi gelang, dari segi aspek undang-undang, mereka terpaksa berada di rumah juga,” katanya dalam sidang media khas semalam.

Kenyataan itu selepas gambar dan video yang menunjukkan ribuan orang yang dijangkiti wabak itu beratur panjang di CAC, termasuk di Stadium Melawati di Shah Alam, Selangor beberapa hari lalu tular di media sosial.

Pada 12 Julai lalu, pasukan perubatan kecemasan Sabah dikerahkan ke CAC di Stadium Melawati dan Dewan Sri Andalas Klang untuk merawat keadaan pesakit Covid-19 yang teruk sementara menunggu kemasukan mereka ke hospital.

Ia berlaku setelah keadaan beberapa pesakit di CAC Stadium Malawati bertambah buruk ketika sedang menunggu dimasukkan ke hospital.

Dalam pada itu, Pasukan Respons dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret) yang menyediakan sukarelawan di kedua-dua CAC berkenaan berkata, mereka hanya boleh memberikan bantuan oksigen untuk pesakit terbabit.

Ketua penyelaras Imaret, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata, seramai 20 hingga 40 pesakit tersekat di Stadium CAC Melawati minggu lalu, sesetengahnya sehingga larut malam.

Lihat Komen
ADS