Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tanah kubur cukup bukan satu pencapaian - Zahid
Diterbitkan:  Jul 23, 2021 7:12 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

Presiden Umno Zahid Hamidi menyuarakan rasa sedih susulan penyebaran Covid-19 yang menurutnya “sampai ke tahap yang begitu teruk”.

Malah, katanya, keadaan memaksa supaya pengumuman tanah perkuburan Islam masih mencukupi dibuat.

“Lebih banyak kubur dan kontena mayat dapat disediakan jangan dianggap sebagai pencapaian,” katanya.

 Pada 17 Julai lalu, Menteri Agama Dr Zulkifli Mohamad berkata tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan masih mencukupi bagi menampung pengebumian termasuk jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Dia bagaimanapun berkata perbincangan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan akan diadakan bagi melihat secara serius keperluan penambahan tanah perkuburan umat Islam di Wilayah Persekutuan, yang ketika ini amat terhad berbanding negeri lain.

Menulis di Facebook, Zahid berkata jika cadangan sebelum ini dilaksanakan, jumlah kematian tidak seburuk ini.

Dia bagaimanapun tidak memperincikan cadangan itu.

Lihat Komen
ADS