Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rentas negeri termasuk kerana durian punca 2 kluster baru Kelantan
Diterbitkan:  Jul 24, 2021 10:24 AM
Dikemaskini: 2:24 AM

Kerana durian, itu dapatan Jabatan Kesihatan Kelantan ketika meneliti data berkaitan suatu kluster di Machang, yang setakat ini merekodkan 12 kes positif daripada 38 orang yang disaring.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin, kes indeks bagi kluster itu merupakan seorang remaja berusia 15 tahun yang mempunyai sejarah merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor antara 10 hingga 15 Julai lalu.

Katanya remaja terbabit mula menunjukkan gejala pada 15 Julai sebelum disahkan positif tiga hari kemudian.

Menurut Zaini ada sekumpulan peniaga durian yang merentasi Kelantan untuk mendapatkan dan menghantar bekalan buah tersebut.

"Remaja berkenaan bersama sekumpulan peniaga durian ke Selangor dan Johor untuk mengambil dan menghantar bekalan durian," katanya dipetik Harian Metro hari ini.

Zaini berkata ada satu lagi kluster yang muncul di Kelantan turut disebabkan kegiatan merentas negeri membabitkan daerah Tanah Merah dan Klang di Selangor.

Menurutnya Kluster Kerilla tercetus daripada seorang lelaki berusia 38 tahun yang dikesan positif pada 22 Julai hasil saringan selepas dia pulang dari kawasan berisiko tinggi.

"Kes indeks mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Kelantan pada 11 Julai untuk menghadiri majlis pengebumian adiknya sebelum pulang ke Selangor pada 15 Julai.

"Sehingga kini, hasil ujian saringan 23 individu mendapati sembilan daripada mereka positif dan ujian saringan akan diteruskan terhadap kontak rapat," katanya.

Lihat Komen
ADS