Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kerajaan disokong lebih 110 ahli parlimen'
Diterbitkan:  Jul 29, 2021 6:23 PM
Dikemaskini: 12:54 PM

Kerajaan masih mendapat sokongan lebih 110 daripada 222 anggota parlimen, kata Ketua Whip Kerajaan Ismail Sabri Yaakob.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli-ahli parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini.

“Justeru, saya berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera,” kata timbalan perdana menteri yang baru dilantik.

Penegasan itu dibuat selepas istana menegur pengendalian pembatalan ordinat darurat yang tidak mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong serta tidak dimansuhkan melalui parlimen hari ini.

Dalam kenyataan ringkas empat perenggan, Ismail berkata dia menjunjung titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui kenyataan media Istana Negara.

Ismail juga menyifatkan situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19.

Lihat Komen
ADS