Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ratusan berarak di demo #Lawan tuntut PM letak jawatan

Kemaskini 12 tengah hari | Ratusan penunjuk perasaan berpakaian hitam berhimpun di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sebilangan besar membawa sepanduk dan papan nama yang bertuliskan "Kerajaan Gagal" manakala yang lain mengibarkan bendera hitam.

Para penunjuk perasaan menuduh kerajaan salah urus wabak Covid-19.

Beberapa yang hadir mengusung replika mayat berbalut kain kafan lambang kematian Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini.

Penunjuk perasaan, berjumlah sekitar 200 orang, telah berkumpul di sekitar Dataran Merdeka karena lokasinya telah dikawal oleh polis.

Sekretariat Solidariti Rakyat, penganjur tunjuk perasaan pula menganggarkan jumlah peserta skitar 1,000 orang.

Mereka kebanyakan terdiri dari anak muda tetapi beberapa tokoh politik turut kelihatan, antaranya Naib Presiden PKR Tian Chua.

Terdahulu, pada jam 11.35 pagi, mereka berarak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan, "lawan, lawan kerajaan zalim" dan "lawan, lawan tolak Muhyiddin."

Ada juga di antara mereka yang memegang plakad yang menentang pentadbiran PN seperti "Rakyat Tenat Menteri Khianat," dan "Kerajaan gagal."

Pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mengawasi di kawasan sekitar protes itu, disamping petugas perubatan dan ambulans.

Bantahan hari ini anjuran kumpulan anak muda Sekretariat Solidariti Rakyat itu menuntut pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Desakan itu muncul ketika wabak Covid-19 yang semakin teruk bawah pentadbiran PN yang diterajui Muhyiddin.

Penganjur telah menasihatkan para peserta untuk mematuhi prosedur operasi standard terhadap Covid-19 termasuk untuk mengambil suhu badan mereka dan memakai pelitup muka.

Polis pula dilihat memberi peringatan kepada para penunjuk perasaan supaya mereka mematuhi SOP: "Pastikan terus jaga jarak sosial anda."

Dalam pada itu, tanda pagar #Lawan kini sohor di Twitter Malaysia dengan lebih 100,000 ciapan.

 



Lihat Komen
ADS