Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khaled Nordin letak jawatan pengerusi Boustead Holding
Diterbitkan:  Aug 4, 2021 2:04 PM
Dikemaskini: 9:43 AM

Dikemas kini dengan perkembangan terbaru.

Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin meletakkan jawatannya sebagai pengerusi Boustead Holding Berhad, berkuatkuasa esok, 5 Ogos.

Perkara itu disahkan melalui surat yang dikongsikannya kepada Malaysiakini.

"Dengan ini saya mengemukakan peletakan jawatan saya dari (jawatan) pengerusi Boustead Holding Berhad, mulai 5 Ogos 2021.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan atas kerjasama yang diberikan kepada saya semasa saya berkhidmat sebagai pengerusi syarikat," katanya.

Dalam kenyataan sebentar tadi, Khaled berkata dia membuat keputusan itu susulan tindakan Umno menarik balik sokongan pada kerajaan Perikatan Nasional.

“Ini sebagai mengambil tanggungjawab saya selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti,” katanya.

Semalam Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan susulan pendirian Umno, yang ditegaskan melalui pengumuman Presiden Zahid Hamidi.

Muhyiddin selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini membuat pengumuman khas masih mempunyai sokongan majoriti dan bersedia mengujinya di parlimen, September ini.

Lihat Komen
ADS