Para pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah merampas barangan di pameran anjuran GMA Gerakan Mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di ruang awam Khamis lalu.

Menurut para sakwi, kira-kira 20 pegawai MPPP mendatangi pihak pelajar yang menganjurkan pameran tersebut di ruang letak kereta berhadapan dengan pintu masuk utama ke Universiti Sains Malaysia (USM) di Minden pada jam 1 tengahari, sebelum merampas bahan-bahan pameran, termasuk pembesar suara.

Turut hadir ialah dua anggota polis dan sekurang-kurangnya lima pegawai USM, kata pelajar terbabit dalam pameran tersebut.

"Kami sedang mengadakan pameran secara aman di luar kawasan universiti, dan tidak menjangka semua itu berlaku," kata penyelaras pameran GMA, Soh Sook Hua, yang juga seorang pelajar USM.

GMA dianggotai 54 badan bukan kerajaan dan kumpulan pelajar seluruh negara. Pameran tersebut adalah sebahagian daripada 'roadshow' yang dijangka diadakan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sepuluh pelajar sedang menjaga gerai pameran tersebut di kawasan letak kereta nombor 20 dan 22 apabila didatangi para pegawai dari unit penguatkuasa MPPP. Selepas bercakap dengan pelajar terbabit, para pegawai berkenaan terus membuka gerai pameran tersebut di tempat letak kereta nombor 22.

"Mereka mengambil sistem pembesar suara, papan notis, dan semua bahan di situ. Malah, mereka turut mengambil kerusi kami," kata Soh, sambil menambah, GMA telah mematuhi semua peraturan dalam memohon kebenaran mengadakan pameran itu di tempat awam.

Beberapa orang pelajar yang tidak mahu nama mereka disebut, berkata, para pegawai tersebut memberitahu mereka bahawa GMA secara rasminya menempah tempat letak kereta nombor 18 dan 20. Mereka pelajar berkenaan, pada masa itu, terdapat kereta di tempat letak kereta nombor 18.

Menteri pun ada di USM

"Tidak pun dinyatakan pada permit tersebut mengenai tempat letak kereta yang perlu digunakan. Kami tiada masalah untuk beralih dari situ, tetapi tempat letak kereta yang disewa itu ada kereta. Masalahnya, apabila saya sedang berbincang dengan pegawai berkenaan, (seorang daripadanya) telah mengarahkan anggotanya supaya merampas bahan-bahan kami," kata Soh, yang juga anggota Gerakan Pelajar dan Belia Demokratik Malaysia (Dema), pimpinan Gerakan Pelajar Progresif (SPF) yang anti-establishment.

Secara kebetulan, ketika itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed dijadualkan menghadiri majlis berbuka puasa di USM.

Unit penguatkuasa MPPP dan pejabat Naib Canselor USM tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai perkara tersebut.

GMA mendakwa, Auku yang diperkenalkan pada 1971 itu menyekat kebebasan pelajar dan membandingkannya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Auku telah digunakan pada 1998 untuk mengekang gerakan reformasi daripada merebak ke dalam politik kampus. Dari 1999 hingga 2004, kumpulan pelajar anti-establishment telah menguasa majlis perwakilan pelajar di universiti tempatan.

Tetapi sejak 2003, pihak berkuasa universiti telah menggubal peraturan yang lebih ketat sehingga kumpulan pro-establishment berjaya menguasai kerusi dalam majlis berkenaan