mk-logo
Berita
MMA mahu kerajaan tangguh kelonggaran bagi individu lengkap divaksin
Diterbitkan:  Aug 10, 2021 1:13 AM
Dikemaskini: 1:19 AM

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu kerajaan menangguhkan kelonggaran bagi individu yang diberi vaksin yang berkuat kuasa hari ini.

Presiden MMA, Dr Subramaniam Muniandy berkata kelonggaran berkenaan sepatutnya hanya diberikan apabila kes Covid-19 berkurang dengan ketara.

Dia mempersoalkan keputusan kerajaaan memberikan beberapa kelonggaran seperti membenarkan pasangan jarak jauh melakukan perjalanan rentas negeri.

Subramaniam berkata, petunjuk paling penting adalah keadaan penggunaan katil di hospital dan keadaan unit rawatan rapi (ICU).

"Melihat ke depan, kami berharap kerajaan memberikan kemas kini mengenai kadar positif dan status penggunaan katil dan ICU di setiap negeri kerana ini akan menjadi petunjuk yang lebih bermakna selain daripada kes-kes baru setiap hari.

"Penting agar orang ramai diberitahu mengenai kapasiti katil dan status ICU di negeri masing-masing," tambahnya.

Subramaniam mengakui bahawa dengan peningkatan kadar vaksinasi, jumlah kes yang serius mungkin akan menurun pada penghujung bulan.

Dia menambah kelonggaran sekatan juga mesti mengambil kira kumpulan berisiko tinggi.

"Sebarang pembatalan larangan juga mesti mengambil kira kumpulan berisiko tinggi seperti rumah penjagaan, pekerja kilang dan pembinaan, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, pelajar perubatan, dan pekerja asing tanpa dokumen yang belum diberi vaksin," katanya.

Mulai hari ini, kerajaan membenarkan aktiviti solat di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Ibu bapa yang diberi vaksin sepenuhnya juga dibenarkan merentas negeri untuk bertemu anak-anak mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Malah, individu dari luar negara yang diberi vaksin sepenuhnya boleh menjalani kuarantin di rumah setelah tiba ke negara ini.

Mereka yang berada diegeri-negeri di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara dan fasa seterusnya juga dibenarkan makan di restoran dan melakukan perjalanan rentas daerah.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini