Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 19,740 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini,  menjadikan jumlah jangkitan kini meningkat kepada 1,424,639 kes.

Kuala Lumpur dan lapan negeri - Selangor, Sabah, Kedah,  Sarawak, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Kelantan - mencatatkan kes baru melebihi 1,000.

Sementara itu, Sarawak dan Melaka merekodkan kes tertinggi yang pernah dilaporkan di kedua-dua negeri itu setakat ini. 

  • Pesakit sembuh: 17,450
  • Kes baru: 19,740
  • Kes aktif: 249,277
  • Pesakit dalam ICU: 1,047
  • Pesakit perlu bantuan alat pernafasan: 520
  • Kematian: 274

Setakat semalam, kadar R-naught untuk Malaysia adalah 1.05. Kadar lebih daripada 1.00 menandakan penularan wabak yang meningkat.

Pada masa sama, kadar R-naught bagi Kuala Lumpur kini di bawah 1.00 buat kali pertama sejak beberapa bulan. Ia dilihat dibantu dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

Dua lagi kawasan dengan kadar di bawah 1.00 adalah Labuan dan Putrajaya - juga kawasan dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

Kematian

274 kematian yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan Covid-19 di Malaysia seramai 12,874 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 77 orang yang meninggal dunia tanpa menerima rawatan di hospital.

Selangor mencatatkan angka korban tertinggi dengan 100 orang disusuli Kuala Lumpur (39), Johor (31), Kedah (21), Pulau Pinang (19), Melaka (16), Sabah (15), Perak (10), Kelantan (9), Sarawak (5), Negeri Sembilan (5), Terengganu (3) dan Pahang (1).

Kluster

Terdapat 35 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 2,879 kluster.

Sebanyak 21 kluster baru adalah dalam kategori tempat kerja, disusuli 11 kluster komuniti dan 3 kluster kumpulan berisiko tinggi.