Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR Wilayah Persekutuan gesa PH tanding PRU guna logo PKR
Diterbitkan:  Sep 7, 2021 4:45 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera parti mereka digunakan calon bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.

Dalam kenyataan media hari ini yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen PKR dari Wilayah Persekutuan, wakil pimpinan MPN, sayap Wanita dan Pemuda dan kesemua 12 cabang PKR negeri itu berkata bahawa langkah berkenaan amat tepat.

Kata mereka, ia merupakan satu formula yang paling sesuai yang akan membawa kemenangan pada PRU ke-15 nanti.

"Kami mewakili seluruh 40,873 anggota PKR di seluruh 12 cabang di Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera PKR digunakan pada PRU15 yang akan datang.

"Kami, seluruh kepimpinan negeri Wilayah Persekutuan termasuk semua ketua cabang dan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan mengambil ketetapan dan menggesa penggunaan logo PKR adalah satu langkah yang amat tepat dan paling sesuai sebagai satu formula yang akan membawa kemenangan pada PRU 15 nanti," katanya dalam kenyataan itu.

Jelas mereka, pendirian sedemikian diambil atas prinsip serta formula yang boleh membawa kepada kemenangan berdasarkan beberapa faktor.

Faktor yang dianyatakan antaranya adalah logo PKR merupakan satu jenama yang telah dikenali lebih 20 tahun.

Faktor lain yang turut disenaraikan dalam kenyataan itu ialah:

  • Penjenamaan perjuangan bercogankan “Keadilan Untuk Semua” tanpa mengira kaum, agama, gender telah dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat.
  • Ini telah terbukti dengan majoriti rakyat menzahirkan sokongan dan memberi mandat pada PRU 14 yang lalu dan menjangkakan agenda reformasi diteruskan.
  • Lambang ini menjadi simbol kepada perjuangan suci membela rakyat marhaen menentang sistem yang korup dan zalim, bukannya perjuangan golongan elit.

Untuk rekod pada PRU ke-14 lalu, parti pembangkang dalam Pakatan Harapan bersetuju menggunakan logo PKR.

Warisan, yang merupakan sekutu PH bagaimanapun bertanding menggunakan logo parti sendiri.

Lihat Komen
ADS