Jangkitan Covid-19 terus menyaksikan trend penurunan apabila sebanyak 10,959 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding lebih 13,000 semalam.

Angka ini merupakan yang terendah direkodkan dalam tempoh 71 hari sejak Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan (KMM) melalui laman media sosialnya hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan, Sarawak kekal menjadi negeri yang merekodkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 2,723 kes, diikuti Johor (1,226) dan Kelantan (983).

Sementara itu Lembah Klang terus mencatatkan trend penurunan apabila Selangor merekodkan kurang daripada 1,000 kes iaitu sebanyak 979 kes, manakala Kuala Lumpur mencatatkan 176 kes.

Sebanyak 980 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 862 kes Covid-19; 118 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Sementara itu sebanyak 579 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan 378 kes Covid-19; 201 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Daripada jumlah keseluruhan kes harian yang dilaporkan hari ini, 205 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 10,754 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 19 kluster baru dikesan menjadikan kluster aktif kini adalah sebanyak 1,165 kluster. Seramai 16,430 pesakit lagi telah sembuh sepenuhnya.

BIlangan kes mengikut negeri:

Sarawak (2,723)

Johor (1,226)

Kelantan (983)

Selangor (979)

Pulau Pinang (793)

Sabah (751)

Pahang (739)

Perak (713)

Terengganu (691)

Kedah (660)

Melaka (346)

Kuala Lumpur (176)

Negeri Sembilan (110)

Perlis (51)

Putrajaya (18)

Labuan (0)