Kes jangkitan baru Covid-19 mencatatkan sedikit peningkatan berbanding sehari sebelum ini. Kementerian Kesihatan melaporkan 7,276 kes baru yang menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,353,579.

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (11 Okt ) dengan 6,709 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Sarawak (1,037)
  • Kelantan (938)
  • Johor (777)
  • Selangor (671)
  • Sabah (532)
  • Terengganu (480)
  • Pulau Pinang (441)
  • Pahang (426)
  • Perak (414)
  • Kedah (357)
  • Kuala Lumpur (220)
  • Melaka (188)
  • Negeri Sembilan (163)
  • Putrajaya (36)
  • Perlis (29)
  • Labuan (0)

Antara neger-negeri yang mencatatkan jumlah kes yang semakin bertambah baik adalah seperti berikut:

Selangor - terendah dalam 161 hari - sejak 4 Mei lalu

Sabah - terendah dalam 80 hari - sejak 24 julai

Sarawak - terendah dalam 55 hari - sejak 18 Ogos

Kedah - terendah dalam 96 hari - sejak 8 julai

Pulau Pinang - terendah dalam 77 hari - sejak 27 Julai

Perlis - terendah dalam 13 hari - sejak 29 September