Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Paul Igai pengerusi sidang Dewan Negara semasa ketiadaan timbalan yang dipertua

Senator Paul Igai akan mempengerusikan persidangan Dewan Negara semasa ketidakhadiran Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Mohamad Ali Mohamad.

Usul yang dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi itu disokong oleh Senator Muhammad Zahid Md Arip dan disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 6(1) dan dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 6(3) saya mohon mencadangkan agar Senator Paul Igai mempengerusikan majlis mesyuarat Dewan Negara semasa ketidakhadiran Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara pada sesi ini," kata Nanta.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan usul tersebut sebelum sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS