Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang dari Institut Jantung Negara pada 5.30 petang ini selepas dirawat selama lima hari akibat serangan jantung yang ringan.

IJN berkata, dalam satu kenyataan, doktor menasihatkan bekas Perdana Menteri itu berehat untuk beberapa minggu sebelum beliau boleh kembali bergiat aktif secara fizikal secara beransur-ansur.

"Beliau dijangka kembali bekerja bulan depan," kata kenyataan tersebut seperti yang dilaporkan oleh Bernama.