Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kertas Pandora: Polis rakam percakapan pengadu bagi 2 laporan
Diterbitkan:  Oct 16, 2021 6:13 PM
Dikemaskini: 2:04 PM

Nota editor: Laporan ini telah dikemaskini berdasarkan pindaan dalam kenyataan media polis.

Polis Diraja Malaysia telah mengambil rakaman percakapan pengadu bagi dua laporan polis yang dibuat berhubung pendedahan Kertas Pandora baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman CP Abdul Jalil Hassan berkata satu laporan polis sudah dirujuk kepada Bank Negara Malaysia pada 14 Okt lalu.

Satu lagi laporan polis, katanya, akan dirujuk kepada bank pusat itu pada 18 Okt ini untuk siasatan lanjut.

"PDRM setakat ini menerima empat laporan polis berhubung Kertas Pandora berkenaan dakwaan wang Malaysia (dibawa) ke luar negara secara haram.

"Daripada empat laporan yang diterima, dua diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut kerana berkaitan dengan aktiviti penyerahan memorandum untuk menggesa siasatan," katanya dalam kenyataan petang ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS