Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,434 kes baru, paling rendah dalam 112 hari
Diterbitkan:  Oct 18, 2021 2:37 PM
Dikemaskini: 11:27 AM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,434 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,396,121.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 112 hari, sejak 28 Jun.

Setakat ini, bilangan pesakit Covid-19 (termasuk kes yang disyaki) dalam ICU adalah 9.8 peratus lebih rendah berbanding seminggu yang lalu.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan juga berkurang 10.1 peratus untuk tempoh yang sama.

Sejak 9 Okt, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Okt 17) di mana 6,145 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,036)
  • Johor (732)
  • Sarawak (730)
  • Kelantan (572)
  • Sabah (504)
  • Perak (461)
  • Pulau Pinang (438)
  • Kedah (370)
  • Terengganu (319)
  • Pahang (305)
  • Negeri Sembilan (214)
  • Melaka (206)
  • Kuala Lumpur (182)
  • Perlis (51)
  • Putrajaya (22)
  • Labuan (3)

Setakat semalam, kadar R-naught Malaysia adalah 0.88 - menunjukkan kadar penularan yang berkurang.

Di peringkat negeri dan wilayah, hanya Negeri Sembilan dan Putrajaya yang merekodkan kadar lebih daripada 1.00.

Kluster

Setakat ini, terdapat 656 kluster Covid-19 yang masih aktif, termasuk 15 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Jumlah itu merupakan pengurangan 17.4 peratus berbanding 794 kluster aktif pada seminggu yang lalu.

Bagi kluster baru, sebanyak sembilan dalam kategori tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster institusi pendidikan dan masing-masing satu kluster keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi.

Lihat Komen
ADS