Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas guru tadika didakwa cederakan kanak-kanak lelaki

Seorang bekas guru tadika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di KUala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki, sehingga meninggalkan kesan lebam pada kedua-dua bahu kanak-kanak itu, bulan lepas.

Loh Ke Xuan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak lelaki berumur enam tahun 11 bulan di sebuah tadika di Jalan Sri Hartamas 2 di Kuala Lumpur antara 8 pagi hingga 5.30 petang, 2 Sept lepas, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai serta menetapkan 24 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub manakala Loh diwakili peguam Sarah Wong.

- Bernama

Lihat Komen
ADS