Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
76 lagi meninggal dunia, jumlah kematian kini 28,138
Diterbitkan:  Oct 21, 2021 8:32 AM
Dikemaskini: 4:12 AM

Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan sejumlah 76 kematian akibat Covid-19 semalam (20 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah seramai 28,138 orang

Daripada jumlah kematian yang dilaporkan semalam, 14 orang atau bersamaan 18.4 peratus meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima rawatan di hospital.

Malaysia adalah negara dengan prestasi terburuk di Asia dalam jumlah kematian Covid-19 per kapita.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi sebanyak 12 orang, atau 15.8 peratus daripada jumlah kematian yang dilaporkan.

Ini diikuti Johor yang merekodkan 11 kematian, Sabah (10), Kedah (9), Pulau Pinang (8), Selangor (6), Perak (5), Pahang (4), Terengganu (4), Kelantan (3), Melaka (2), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 61 daripada 76 kematian yang dilaporkan, atau 80.3 peratus, berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 146 kematian kes Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 78 kes dalam masa tujuh hari, sekali gus menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 1,930 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 9,680 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan September, 7,642 pada bulan Ogos, 3,858 pada bulan Julai dan 2,380 pada bulan Jun.

Setakat semalam, terdapat 81,955 kes Covid-19 yang masih aktif. Ini adalah pengurangan 22.7 peratus daripada 106,047 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 60.5 peratus daripada 207,699 kes.

Jangkitan berkaitan kluster

Daripada 5,516 kes baru semalam, sejumlah 206 daripadanya dikesan daripada kluster Covid-19 yang ada sekarang, menurut Kementerian Kementerian lewat malam tadi.

Daripada kes berkaitan kluster, 143 (69.4 peratus) adalah kluster tempat kerja manakala 34 (16.5 peratus) adalah kluster komuniti.

Seramai 19 orang lagi (9.2 peratus) adalah dari kluster kumpulan berisiko tinggi, seperti rumah orang tua.

Kes-kes selebihnya dikesan daripada kluster yang berkaitan dengan institusi pendidikan (10 - 4.9 peratus).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian bersama dengan jumlah kes Covid-19 baru pada sebelah petang.

Bagaimanapun statistik kematian kini dikeluarkan selepas tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci.

Malaysiakini melaporkannya pada sebelah pagi keesokannya.

Lihat Komen
ADS