Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairil Nizam tak akan pertahan jawatan ketua Pemuda PAS
Diterbitkan:  Oct 22, 2021 9:46 PM
Dikemaskini: 1:46 PM

Khairil Nizam Khirudin tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS yang disandangnya bagi sesi 2021-2023.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nadzim Ahmad Azmi melalui kenyataan media malam ini.

Jelasnya, keputusan itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS (DPPM) semalam.

"Kami menghormati keputusan beliau dan menyerahkan urusan peralihan kepimpinan DPPM kepada Muktamar DPPM yang akan berlangsung akhir bulan ini," katanya.

Untuk rekod, Khairil Nizam juga merupakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Muktamar PAS yang akan berlangsung di Kuala Terengganu pada November nanti bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu bagi penggal 2021 hingga 2023.

Lihat Komen
ADS