Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bajet 2022 lulus peringkat dasar, PH tak sokong undi belah bahagian

PARLIMEN l Bajet 2022 melepasi peringkat dasar dengan undian suara di Dewan Rakyat hari ini, susulan kegagalan Warisan dan Pejuang untuk mendapatkan sokongan Pakatan Harapan (PH) bagi memohon supaya undi belah bahagian dijalankan.

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya sokongan 15 ahli parlimen bagi membolehkan undi belah bahagian dijalankan. Undi yang juga disebut block vote akan dikira di kalangan semua wakil rakyat Parlimen yang hadir dan direkodkan dalam Hansard.

Warisan dan Pejuang tidak menandatangani memorandum persefahaman (MOU) yang merupakan perjanjian antara PH dengan pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang dimeterai pada 13 September lalu.

Antara perjanjian MOU tentang transformasi dan kestabilan politik adalah bahawa PH akan menyokong atau berkecuali ketika mengundi untuk Bajet 2022 dan sebarang rang undang-undang berkaiatan dengan Perbekalan.

Ketika speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengumumkan undian suara bagi peringkat dasar Bajet 2022, Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) mencelah dan memohon supaya undi belah bahagian dijalankan.

Ahli Parlimen Warisan lain seperti presiden parti Shafie Apdal (Warisan-Semporna) serta Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) menyertai gesaannya untuk undi belah bahagian.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) juga mengesahkan bahawa dia menyokong gesaan supaya undi belah bahagian dijalanakan.

Bagaimanapun, setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan kepada Azhar bahawa pembangkang tidak mencapai kuorum yang diperlukan iaitu sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen.

Justeru, Bajet 2022 lulus peringkat dasarnya dengan undi suara. Ia akan memasuki peringkat jawatankuasa minggu depan, dengan butiran belajawan yang lebih khusus akan dibahaskan.

PH sebelum ini berkata mereka akan mengambil bahagian dalam undian suara walaupun tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam Bajet 2022.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS