Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
18 tahun jadi calon p'raya: MB, KM setuju pinda undang-undang negeri

Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-137 semalam.

"Mesyuarat turut bersetuju supaya lebih banyak sesi libat urus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terutama melibatkan projek-projek pembangunan di negeri-negeri," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi, beliau turut mengajak semua kerajaan negeri agar menyegerakan pelaksanaan projek berkaitan ekonomi dan perniagaan.

"Antara perkara yang perlu ditangani dan ditambah baik ialah kelewatan proses kelulusan berkaitan tanah dan lesen perniagaan di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS