Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6,144 kes baru, 11 negeri, WP catat Rt-0 lebih 1.00
Diterbitkan:  Nov 25, 2021 1:54 PM
Dikemaskini: 12:34 PM

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,144 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,608,979.

Nilai kebolehjangkitan atau Rt-0 kebangsaan telah menurun kepada 0.99 semalam apabila jumlah kes baru adalah 5,755.

Walau bagaimanapun, masih terdapat 11 negeri dan wilayah persekutuan (Selangor, Sabah, Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, dan Perak) yang mempunyai Rt-0 lebih tinggi daripada 1.00.

Bacaan Rt-0 lebih daripada 1.00 menunjukkan bahawa penularan Covid-19 semakin pantas.

Namun, jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula menurun sebanyak 2.9 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pahang (+21.8 peratus), Pulau Pinang (+20.0 peratus) dan Kelantan (+10.9 peratus).

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (24 November) yang mencatatkan 5,755 kes adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,511)
  • Sabah (622)
  • Kelantan (590)
  • Johor (486)
  • Kuala Lumpur (400)
  • Pahang (376)
  • Kedah (358)
  • Pulau Pinang (270)
  • Terengganu (231)
  • Perak (219)
  • Negeri Sembilan (202)
  • Sarawak (192)
  • Melaka (191)
  • Perlis (43)
  • Putrajaya (37)
  • Labuan (27)

 Jangkitan baru hari ini terdiri daripada 5,873 rakyat Malaysia (95.6 peratus) dan 271 bukan warganegara (4.4 peratus).

Seramai 6,602 pesakit Covid-19 yang pulih hari ini. Ini dijangka membantu mengurangkan bilangan kes aktif.

Pesakit di ICU: 516
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 272

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 4.6 peratus lebih rendah berbanding minggu lalu.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan telah meningkat sebanyak 3.4 peratus daripada seminggu yang lalu.

Kluster

Sehingga kini, 235 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk 7 kluster baharu dilaporkan hari ini.

Kluster yang berterusan telah menurun sebanyak 4.5 peratus daripada 246 kluster aktif seminggu yang lalu.


Lihat Komen
ADS