Paling Popular
Terkini
Lagi berita dari pengarang
story images
story images
mk-logo
Berita
Penjawat awam di Kelantan dapat bantuan khas RM1,000

Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam negeri itu manakala RM500 bagi kakitangan lantikan politik sebagai menghargai jasa dan komitmen mereka.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata bagi lantikan politik, bantuan khas tersebut termasuk kepada penghulu dan kakitangan Bahagian Dakwah Halaqat.

“Guru al-Quran dan fardu ain di bawah Bahagian Halaqat pula menerima RM250,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di Kota Bharu, hari ini.

Ahmad berkata bagi memacu pertumbuhan ekonomi, kerajaan Kelantan memperuntukkan RM68.65 juta untuk pelaksanaan beberapa projek mega.

Beliau berkata antara projek tersebut ialah Madinah As-Salam di Pasir Tumboh melibatkan kos sebanyak RM50.45 juta, Madinah Ramadhan di Tunjong (RM15 juta) dan Infrastruktur Bandar Perabot di Gua Musang (RM3.2 juta) manakala RM8.2 juta diperuntukkan untuk projek kecil dan sederhana.

"Kerajaan negeri turut memperuntukkan RM1.5 juta untuk Program Khas Pembangunan Ekonomi dan Pembangunan Ekonomi Jajahan dan RM3.7 juta diperuntukkan untuk Program Usahawan Berdikari termasuk program Majlis Pembangunan Usahawan Kelantan (MPUK)," katanya.

- Bernama

Lihat Komen