COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,504 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,695,143.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5.6 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend kebangsaan, jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di beberapa negeri telah meningkat Antaranya, Pulau Pinang (+27.8 peratus) dan Negeri Sembilan (+27.1 peratus).

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (12 Disember) yang mencatatkan 3,490 kes adalah seperti berikut:

  • Selangor (954)
  • Kelantan (329)
  • Johor (322)
  • Pahang (301)
  • Pulau Pinang (243)
  • Perak (241)
  • Sabah (197)
  • Kuala Lumpur (194)
  • Kedah (169)
  • Melaka (150)
  • Negeri Sembilan (149)
  • Terengganu (144)
  • Sarawak (54)
  • Labuan (21)
  • Putrajaya (15)
  • Perlis (7)